Thursday, 12 January 2012
Biarlah Ku Simpan Rindu Ini
Senyum-senyum, jeling-jeling, akhirnya mata bertentang. Bibir berbicara dan bait2 indah dilakar, tentang sebuah rasa yang sukar ditafsir. Berbisiklah hati, membilang waktu dan rindu.Lalu... terciptalah CINTA, kau dan aku yang begitu indah. Maka terpahatlah persahabatan untuk melaluinya dengan rasa kasih. Dan kau tahu kita terlalu jauh untuk menggapai impian itu. Kubiarkan cerita ini, entah bila akhirnya, aku sendiri tak pasti. Ku simpan rasa ini, walau hati ku menangis melihat kau tersenyum pada orang lain. Namun, setiap detik kenangan kau dan aku menjadi perisai untuk pertahankan persahabatan ini. Di saat Cinta mula mekar, aku sendiri tak pasti bila, saat itu ku rasakan bagai orang ketiga. Demi itu, biarlah kusimpan rindu ini.. Hingga saat ini, rasa itu tidak pernah luput dari dalam diriku, mungkin untuk selamanya walau kita tak bersama lagi, walau persahabatan ini tidak lama. Wajahmu sentiasa menjadi tatapan harian ku. Dengan keikhlasan hati ku, ku relakan hati menyayangi mu walau ku tahu setiap kelakuan mu melukankan ku, aku tidak mampu untuk membuang rasa ini, yang telah menjadi sebahagian dari diri ku. aku masih tertanya-tanya, adakah kau punya rasa yang sama, seperti mana aku rasa. Setiap kali aku berjumpa dirimu, sesuatu yang lain akan aku rasakan, aku berada di sisimu membuatkan aku berasa selamat, walau kadang kala engkau menafikan. Perlukah berasa takut, atau gelisah, aku sendiri tidak pasti, bagiku cukup la aku dapat bertemumu walau sesingkat mana waktu itu, aku rela. Kerna engkau sahabat ku, sahabat yang baik bagiku. Gelak tawa mu, sentiasa menceriakan hari-hari ku dan membuatkan aku tersenyum sendiri bila mengenangkan nya. Biarlah keadaan ini begini, sampai lama mana pun ku tak pasti, oh kasih, sungguh aku tak dapat bayangkan jika satu hari nanti kau tiada lagi di sisi, bagaimana mahu ku teruskan hidup, bagaimana ku mahu tersenyum. Andai saat itu tiba, aku la insan yang akan mengalirkan air mata. Andai kau tahu, andai kau fikir sejenak apa yang sedang berlegar diruang fikiranku, dapatkah kau tafsirkan. Kau la teman, kau la sahabat, kau la kekasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment